FOUNDANT CAKES

FOUNDANT CAKES
CAKES FOR WEDDING ETC

Followers

Monday, January 10, 2011

Kebebasan Kewangan


Ramai yang membuat pengiraan tentang wang dan berapa yang boleh kita perolehi mengikut hari, minggu dan bulan. Kadang kala ada juga manusia yang mengira berapa ringgit kita perolehi setiap jam. Alamak???? Ada jugak orang macam ni kan…..Percayalah anda tidak akan mengecapai kebebasan kewangan jika terus berfikiran begini kerana ia menyekat anda daripada terus kehadapan.

Kebebasan kewangan bermaksud bebas daripada segala hutang atau pinjaman, ini bermakna semua transaksi harian berlaku dengan wang tunai. Jika anda tidak pernah membuat pinjaman, rumah dan kereta telah dibeli secara tunai dan simpanan di dalam bank mencecah angka RM500,000 anda boleh di kelaskan sebagai orang yang mempunyai kebebasan kewangan dan mampu membeli apa sahaja keperluan hidup.

Jika anda tiada pinjaman, tiada kereta dan rumah anda hanya dikelaskan ‘bebas pinjaman’ kerana anda masih perlu mencari wang untuk menjalani kehidupan seharian. Tetapi jika anda tidak mempunyai pendapatan tetap anda adalah dikelaskan sebagai ‘misikn tegar’ .

Tahukah anda bahawa pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan di ibukota adalah tergolong di dalam golongan ‘misikin tegar’ mengikut kiraan semasa. Sebab itu, masa kini mendesak suami isteri berkerja untuk menampung kehidupan seharian kerana kos sara hidup kini semakin meningkat tinggi.

Oleh yang demikian tercetus idea untuk melakukan kerja separuh masa, jualan langsung, penjual insuran dan sebagainya. Kesemuanya tidak salah untuk dikerjakan malah ia memberikan impak positif jika kena caranya. Namun anda perlu tentukan jenis apakah pendapatan yang diperolehi. Adakah ia bersifat sementara atau kekal sepanjang masa, contoh perkejaan tetap adalah merupakan pendapatan bulanan.

Apabila anda berniaga dan menjual barangan itu merupakan pendapatan harian, manakala pendapatan mingguan merupakan hasil daripada pendapatan harian yang dibayar mengikut minggu. Pendapatan harian, mingguan dan bulanan adalah amat kompleks dan berkait rapat antara satu sama lain.

Tetapi apa yang saya fahami adalah pendapatan selain daripada gaji tetap merupakan ‘pendapatan sampingan’. Pendapatan jenis ini tidak boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang pasti akan diperoleh kerana ia bergantung kepada keadaan manakala perkejaan tetap adalah sesuatu yang pasti mendapat bayaran.

Apakah anda akan lakukan untuk mencapai bebas kewangan?, bagaimanakah caranya untuk mencapai bebas kewangan? Mahukah anda setengah juta ringgit di simpan dalam ASB anda!!! Bertindak segera masa amat singkat, keinginan untuk kaya adalah hak milik setiap insan. Hanya caranya belum kena kerana besar kemungkinan cara anda tidak kena atau sikap anda yang tidak serius, salah serta tidak mahu keluar satu sen pun.

Percayalah anda tidak akan kaya jika takut untuk mengeluarkan wang untuk mencuba, membeli bahan ilmiah, membaca dan sebagainya. Pilihan ditangan anda….miliki buku Apa Aku Buat Dengan Setengah Juta Ringgit dengan harga yang berpatutan sila email kepada azeemmuzahet@gmail.com sebelum 31/1/2011 untuk tempahan kerana selepas itu harga akan dikaji semula….

No comments:

Post a Comment