Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertanya adakah harga minyak akan naik menjelang pertengahan atau akhir tahun 2011 ini. Jawapan bagi soalan itu tidak terjawab hingga kini, apa yang pasti harga minyak dunia semakin meningkat dan tidak mungkin kerajaan akan bertahan lama. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya melihat kenaikkan sebagai satu perkara yang negatif kerana kesannya banyak terhadap ekonomi serta kemajuan Negara kita sendiri.
Apa yang penting ialah kita harus bersiap sedia dan bukan menunding jari salah siapa. Minyak adalah keperluan harian yang sangat penting kerana melibatkan sektor pengangkutan terutamanya. Tanpa sistem pengangkutan yang efisen sebuah Negara tidak dapat maju kehadapan.
Ketika in Ron 95 adalah RM1.90 seliter manakala tahun lepas ia berada pada paras RM1.80 dan RM1.85 seliter. Ron 97 pula telah diapungkan mengikut harga pasaran dunia dan harga diperbaharui setiap kenaikkan yang berlaku kepada pasaran dunia atau sebulan sekali. Kini Ron 97 berada pada paras RM2.15 seliter dan berubah mengikut keadaan semasa. Namun harga harga Ron 97 yang murah berbanding Negara jiran yang kini mencecah sehingga RM4.00 seliter, tidak mencermin harga sebenar bahan itu.
Ini bermakna bahan bakar Ron 97 masih mempunyai subsidi kerajaan tetapi pada skala dan kiraan yang berbeza. Jika subsidi terus dihapuskan keadaan negara akan menjadi tenat kerana tiada keseimbangan ekonomi dan banyak perkara tidak sesuai. Contoh gaji tidak sepadan, golongan miskin tegar hanya mampu mengunakan kereta lama yang kuat makan minyak dan sebagainya.
Pendapat saya sehingga satu mekanisma yang lain diperolehi subsidi patut diteruskan dan dimansuhkan secara berperingkat serta mengikut kesesuaian keadaan. Baca lagi....
No comments:
Post a Comment